Sunday, December 21, 2014

Pemahaman UPSR





Modul i-BESTARI Pemahaman UPSR disusun mengikut format peperiksaan UPSR yang terkini. Modul ini terdiri daripada dua bentuk iaitu dalam bentuk BUKU dan bentuk CD-interaktif ( html – yang dibina menggunakan perisian hot-Potatoes ) untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran berteraskan ICT.

Modul i-BESTARI mengandungi 15 modul ( Modul 1 – Modul 15 ). Ini bermakna terdapat 600 soalan pemahaman dalam modul ini.

Disertakan dengan CD interaktif yang mana format HTML ini tidak memerlukan talian internet tetapi hanya memerlukan internet browser seperti Google Chrome, internet Explorer, Mozilla atau Safari. Direka dengan masa yang sama seperti kertas Pemahaman UPSR iaitu 50 minit dan untuk menguatkan INGATAN / MEMORI murid terhadap jawapan, susunan jawapan akan berubah setiap kali modul dibuka tetapi jawapan tetap sama.

EKSTRA : Soalan sebenar UPSR bermula dari tahun 2005 – 2014 saya turut masukkan dalam CD. Ciri-ciri sama seperti Modul i-BESTARI.

No comments:

Post a Comment